Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Rancangan FELDA LEPAR HILIR 3 yang terletak dalam daerah kuantan ini telah dibuka pada tahun 1986. Nama Lepar diambil sempena Sungai Lepar yang merentasi rancangan ini lebih kurang 4 km. Sungai Lepar dipercayai menjadi laluan utama satu ketika dahulu bagi penduduk tempatan untuk menjual hasil tani ke bandar. Bakti Disemai Bukti Dituai merupakan Motto Felda Lepar Hilir 3. Konsep susun atur kampung adalah berkelompok atau berpusat. Keluasan keseluruhan kampung yang mana merujuk kepada keluasan yang diusahakan dan terbiar adalah 1684.720 hektar.

Jumlah penduduk di Felda Lepar Hilir 3 dianggarkan kira-kira 1440 orang serta jumlah peneroka sebanyak 336 orang. Kesemua penduduk di sini berbangsa Melayu, India dan Cina.

Pekerjaan utama penduduk di Felda Lepar Hilir 3 ialah kegiatan pertanian. Majoriti peneroka di Felda Lepar Hilir 3 mengusahakan tanaman kelapa sawit. Selain itu terdapat segelintir dari penduduk Felda Lepar Hilir 3 menjalankan perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan bengkel motor. Malah ada juga yang mengambil upah menjahit pakaian, menjual kuih muih serta terlibat dengan perniagaan online. Majoriti pengusaha ini adalah daripada generasi yang kedua.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


KELAS ICT: CANVA -MY TIMETABLE

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2024

Para peserta diberi taklimat awal mengenai kelas yang akan diadakan pada hari tersebut...baca selanjutnya

KELAS ICT CANVA: DESIGN KAD LAHIR IBU

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2024

Pelajar diberikan tugas untuk menggambar atau membuat reka bentuk kad sendiri untuk di berikan kepada ibu....baca selanjutnya

KELAS ICT- MENGENAL BAHAGIAN COMPUTER

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2024

Program ini dianjurkan khusus buat pelajar-pelajar dari sekolah felda lepar hilir 3...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti