INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Pengenalan

Rancangan FELDA LEPAR HILIR 3 yang terletak dalam daerah kuantan ini telah dibuka pada tahun 1986. Nama Lepar diambil sempena Sungai Lepar yang merentasi rancangan ini lebih kurang 4 km. Sungai Lepar dipercayai menjadi laluan utama satu ketika dahulu bagi penduduk tempatan untuk menjual hasil tani ke bandar. Bakti Disemai Bukti Dituai merupakan Motto Felda Lepar Hilir 3. Konsep susun atur kampung adalah berkelompok atau berpusat. Keluasan keseluruhan kampung yang mana merujuk kepada keluasan yang diusahakan dan terbiar adalah 1684.720 hektar.Jumlah penduduk di Felda Lepar Hilir 3 dianggarkan kira-kira 1440 orang serta jumlah peneroka sebanyak 336 orang. Kesemua penduduk di sini berbangsa Melayu, India dan Cina.

Pekerjaan utama penduduk di Felda Lepar Hilir 3 ialah kegiatan pertanian. Majoriti peneroka di Felda Lepar Hilir 3 mengusahakan tanaman kelapa sawit. Selain itu terdapat segelintir dari penduduk Felda Lepar Hilir 3 menjalankan perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan bengkel motor. Malah ada juga yang mengambil upah menjahit pakaian, menjual kuih muih serta terlibat dengan perniagaan online. Majoriti pengusaha ini adalah daripada generasi yang kedua.

Rekreasi & Pelancongan

Bukit Gambang Resort City


Lokasi : Bukit Gambang Resort City adalah bandar peranginan bersepadu yang merentasi 727 ekar hutan sekunder. Terletak secara strategik di Gambang, Pahang, ia adalah pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu kota Pahang-Kuantan. Kedudukan kira-kira 35 km dari Kuantan dan 16 km dari PEDi Felda Lepar Hilir 3.

Kemudahan dan Tarikan : Bukit Gambang Resort City menawarkan pelbagai penginapan dengan kemudahan bersepadu yang sempurna untuk masa lapang. Selain daripada menjadi taman tema air terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Bukit Gambang Resort City adalah tuan rumah " Taman Air Terbaik di Malaysia" yang dianugerahkan oleh The Malaysian Ambassador of Malaysia dan keluarga (MAATFA) dan "Largest Pillarles Ballroom" di negara ini yang disahkan oleh Buku Rekod Malaysia.

Tempat Makan Menarik


Odey's Tomyam


Kemudahan Awam
Masjid Felda Lepar Hilir 3
Klinik Desa Felda Lepar Hilir 3
Dewan Semai Bakti Felda Lepar Hilir 3
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Felda Lepar Hilir 3
Tabika Kemas Felda Lepar Hilir 3
Kisah Kejayaan
Maklumat Celik ICT
Nama : Muhammad Hadi Bin Maliki dan Muhammad Danish Haikal Bin Mohd Zaidi
Umur : 13 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 2019
NADI : Felda Lepar Hilir 3
Bentuk Pembelajaran ICT : Asas komputer, E-Learning, STEM IOT

Latar Belakang Pelajar ICT
Muhammad Hadi Bin Maliki dan Muhammad Danish Haikal Bin Mohd Zaidi merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Felda Lepar Hilir 3 yang berusia 12 tahun pada ketika ini. Hadi dan Danish mula menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2019 yang mana ketika itu Hadi dan Danish sering kali mengunjungi NADI Bersama kawan-kawannya.

Sebelum Penggunaan Ict Di Penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Pada awal penglibatan, Hadi dan Danish agak kekok menggunakan komputer yang disediakan. Ini kerana dia risau sekiranya computer tersebut akan rosak sekiranya digunakan tanpa mengetahui cara untuk menggunakannya. Staf NADI mengajar cara yang betul untuk menggunakan komputer tersebut. Hadi dan Danish sering bertanya sekiranya dia tidak pandai untuk menggunakannya.

Selepas Penggunaan Ict Di Penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Kini Hadi dan Danish tidak perlu lagi diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan komputer. Malah, Hadi dan Danish sudah boleh mengajar rakannya yang lain untuk menggunakan komputer dengan baik. Ilmu yang diperolehi sewaktu mengikuti kelas ICT yang Diadakan oleh staf NADI sedikit sebanyak dapat membantunya dalam ilmu ICT di sekolah mahu pun di rumah.

Apa Yang Dipelajari Melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional
Pelbagai perkara yang dipelajari di Pusat Internet, antaranya asas penggunaan komputer, pelbagai jenis Microsoft Office, penggunaan google dan youtube,serta pencarian maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran di internet

Bagaimana NADI Membantu Perkembangan Peningkatan Kemahiran Ict
Pusat Internet membantu hadi dan Danish dengan mengalakkannya untuk mengikuti hampir kesemua kelas yang diadakan secara online atau offline. Selain itu, dengan menyediakan pelbagai program-program menarik minat pelajar yang melibatkan kemahiran ICT.

Keusahawanan
Nama : aliff Muzammer Bin Latif
No. Phone : 019-7466609
Email : aliffmuzammer@gmail.com
Platform : Shopee, Facebook & Whatsapp
Usahawan : Makanan Homemade Ikan Bilis Garing Dan Acar Ikan Masin

• Peniaga Berumur 23 Tahu ini telah menjadi ahli NADI Felda Lepar Hilir 3 sejak tahun 2019.
• NADI digunakan untuk menambahkan maklumat mengenai shopee.
• Menghasilkan produk makanan secara homemade